WELCOME

he's my favorite anime!!!

Friday, July 2, 2010

semangat baruuu tp.....

:)SENYUM ITU INDAH DAN NIKMAT! :) :) Senyum senyum lah selalu... :) ("_)


buat pertama kali nya ku merasakan hidupku kembali bersemangat..namun apa yang ku perolehi itu tidak bertahan lama..apakah aku mampu melalui dugaan-dugaan yang ku perolehi ini...dari sudut jiwa hati remajaku, memang...memang sukar tok ku luahkan kepada yang tak mengerti dan yang baru mengenali diri ini

aku..aku bukanlah seorang insan yang terlebih baik..aku hanya insan biasa..insan biasa yang ingin menjalankan kehidupan seperti orang-orang biasa..aku tidak mampu menjadi insan terunggul..kerna diriku hanya aku bukan dirimu.....

hadirnya dirimu sebagai rakan memeriahkan jiwa hati remaja ini,,malah tiada ku sangka rupa-rupanya kita bersaudara 1 keturunan tapi apekah?? apekah persaudaraan kita dan persahabatan kita hanya sampai saat ini..saat ini jiwa hati remaja ini sungguh terkecewa dengan apa yang telah kau katakan..tiada ku sangka semudah itu kau melafazkannya namun ku akui kau ada sedikit "kebagusannya" sebab mengikut kata yang perlu...tp apekah ada maksud lain darimu..apekah kau terlalu kecewa dengan apa yang telah berlaku...

sungguh...wahai kawan dan saudaraku ..,
aku tidak meminta semua ini terjadi,
malah ku megharapkan persaudaraan kita ini menjadi lebih rapat..
tapi dengan ujian yang datang ini..ku mengharap ada sesuatu yang lebih baik terjadi di antara kita..
biarpon...biarpon waktu yang di nantikan itu terlalu lama buatku wahai saudaraku!

aku mohon...
aku mohon agar kau mengerti tentang ini...
mengertilah wahai saudaraku!

aku pinta pada-MU Allah agar yang terbaik milikku..
aku menyanyanginya sebagai saudaraku..
aku harap dia mengerti suatu hari nanti..
dan bisa memaafkan kami semua..
semua ini juga demi agama-MU Ya Allah..

InsyaAllah.
Segalanya ku serahkan pada-MU.

buat diriku!!!

:)SENYUM ITU INDAH DAN NIKMAT! :) :) Senyum senyum lah selalu... :) ("_)


ISTERI NABI (S.A.W) PUTUS CINTA


Diceritakan bahawa pada suatu hari, Ummu Salamah dilanda satu musibah yang sangat besar dalam hidupnya iaitu kematian suami dan kekasih hatinya yang tercinta, Abu Salamah. Di saat kamatian jantung hatinya itu, Ummu Salamah berdoa dengan satu doa yang mahsyur,

“AlLahumma ajjirni fi mushibati wa akhlufli khairan minha.”

Yang bermaksud,

“Ya Allah, berilah aku pahala kerana musibahku ini dan berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya.”

Ummu Salamah kemudiannya bercerita,

“Belum selesai masa ‘iddahku, Allah telah memberikan pahala di atas musibahku dan menggantikan untukku orang yang lebih baik daripada Abu Salamah.”

Siapakah lelaki itu? Ya, dialah sebaik-baik lelaki dan sebaik-baik makhluk ciptaanNya. Siapa lagi kalau bukan Junjungan Besar, Nabi Muhammad s.a.w. Kekasih Allah dan Penghulu Sekalian Nabi.

Gambar Hiasan


Melalui kisah ini, terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita selusuri:

1. Kita mestilah bersabar dan redha dengan setiap musibah dan ujian yang melanda hidup kita.

2. Kita mestilah yakin bahawa setiap musibah yang menimpa diri kita adalah atas kehendak Allah yang mahu menggantikan sesuatu yang lebih baik kepada kita sama ada berupa ganjaran pahala mahupun ganjaran-ganjaran keduniaan yang lain ataupun kedua-duanya sekali.

3. Contohi dan amalkanlah doa yang dibaca oleh Ummu Salamah ketika setiap kali dilanda ujian seperti kehilangan orang yang tersayang, harta benda, dilanda fitnah dan sebagainya.

Gambar Hiasan


4. Jika kita putus cinta, jangan putus asa dan jangan sesekali putus daripada berdoa kepada Allah agar diberikanNya galang ganti yang halal; jangan pula mencari lagi pasangan hidup yang haram setelah Allah menyelamatkan kita daripada mendekati zina yang semestinya membawa ke neraka.

5. Kalau masih belajar, teruskanlah pembelajaran seperti biasa; usah terburu-buru mahu mencari pengganti si "dia" yang telah pergi (bagi yang belum berkahwin). Yakinlah pada janji Allah yang telah menjodohkan kita dengan seseorang yang paling cocok dengan kita. Yakinlah bahawa apabila masanya telah tiba, kita akan diketemukan dan dijodohkan dengannya melalui talian perkahwinan yang halal dan sah, insya Allah. Tanyalah kepada mereka yang lebih berpengalaman…berapa kerat pasangan hidup yang setia bercinta dari alam menuntut ilmu sehingga berjaya menjejaki alam rumahtangga?

Gambar Hiasan


p/s: Kata seorang sahabat saya, “Bercintalah selepas nikah.” Saya bersetuju dengannya kerana ianya lebih suci dan selari dengan sunnah Rasulullah s.a.w. Bagi saya, tidak pernah wujud istilah "cinta suci" melainkan setelah berdirinya mahligai rumah tangga. Adakah hati ini mampu suci daripada zina hati?