WELCOME

he's my favorite anime!!!

Thursday, October 28, 2010

BUDI BAHASA

:)SENYUM ITU INDAH DAN NIKMAT! :) 
:) Senyum senyum lah selalu... :) ("_)

aku tahu,,,,aku bukan yang terbaik dalam berbudi bahasa...
namun...aku masih lagi boleh mengawalnya pabila berkomunikasi dengan orang2 tertentu....

namun....
dalam kehidupan seharianku ini.....
ada beberapa perkataan yang aku sendiri tidak gemar tuk menyebutnya...
utnuk mendengarnya???
untuk mendengarnya,,,aku terpaksa mendengar...
kerna perkataan itu bukanlah keluar dari mulutku sendiri....
apakan daya...aku bukan yang terbaik untuk menegur orang...
diri ku sendiri tidak betul mcm mana aku mahu menegur orang lain???
apa yang pasti....
insyaAllah perkataan itu tak akan keluar dari mulut aku......

perkataan itu tidak lah terlalu serius,, namun aku tidak menggemarinya....

"......doh"
"........beb"
"........sengal"


lagi satu....
aku cukup pasti sangat....
aku akan terasa hati, kalau seseorang itu bercakap kasar,
even dia tidak pernah berniat untuk melukai hatiku.....

kasar di sini....bagiku....
1) dia bercakap dengan nada yang kasar atau terlampau tinggi...
2) beliau mengeluarkan kata-kata kesat atau kata-kata yang kasar....
tidak sedap di dengar dek telingaku.....


Walllahualam....Salam Sejahtera Ke Atas Kamu!

Doa Perpisahan- Brothers

:)SENYUM ITU INDAH DAN NIKMAT! :)
:) Senyum senyum lah selalu... :) ("_)





Syukur Kehadrat Ilahi Dengan Limpah Kurnia-Nya..
Aku masih lagi bernafas sehingga ke hari ini...
Biarpun aku telah melalui beberapa perpisahan...
Bagiku semua itu adalah hanyalah perpisahan sementara iaitu perpisahan duniawi...
Semua orang di dunia ini akan melalui saat-saat perpisahan biarpun ianya hanya sesaat, seminit, seminggu atau berapa jua masa perpisahan tersebut.,...ianya akan tetap berlaku...
Walaubagaimanapun...dalam kita menangisi perpisahan sementara yang berlaku di dunia ini....Namun terdapat satu lagi perpisahan yang akan berlaku bagi tiap-tiap hamba Allah di muka bumi ini....Walau apapun halangan dan cabaran apapun yang datang, sekeras mana sekalipon, sekuat mana sekalipon...Ianya tidak dapat menghalang perpisahan yang akan berlaku buat selama-lamanya....Bagiku perpisahan ini ku namakannya perpisahan ukhrawi (xpasti betul ke tak,,,itu hanyalah satu ungakapan bg ku!)...tidak ada satu makhluk pun yang mampu menghalang perpisahan ini...Hanya Allah sahaja yang mampu mengubah segala-galanya....kita sebagai hamban-Nya seharusnya akur atas segala takdir yang telah ditakdirkan...Namun begitu,,kita masih lagi boleh berusaha untuk memajukan diri kita dan berusaha untuk mendapatkan yang terbaik buat diri kita...namun ianya masih lagi di atas kehendak Yang Maha Esa....!!!

Walaubagaimanapun...
Apa yang ingin aku perkatakan di sini...adalah berkaitan perpisahan sementara yang berlaku di muka bumi Allah ini.....dalam kita mengejar kehidupan seharian,, kita akan mengalami pertemuan dan perpisahan....Bak kata orang DI MANA ADA PERTEMUAN, DI SITU ADA PERPISAHAN...ayat ini jelas menunjukkan setiap pertemuan yang berlaku pastinya akan terwujud juga sebuah perpisahan........

Berdasarkan kepada pengalaman aku sendiri...
Setiap pertemuan yang pertama kali berlaku antara aku dan individu terbabit....rasa malu akan menyelubungi diriku...ini kerna diriku bukanlah seorang yang peramah atau dengan kata lain "banyak mulut"....apatah lagi kalau individu terbabit juga bukanlah jenis insan yang "banyak mulut" juga, makanya situasi dan suasana perbualan kami mungkin akan sedikit diam atau sunyi...ini kerna kami mungkin hanya berkomunikasi pada apa yang perlu sahaja....diriku bukan tidak mahu bercakap banyak namun aku menjadi kaku pabila insan terbabit juga seorang yang pendiam...lama-kelamaan aku mungkin akan mengundur diri ataupun beliau akan mengundur diri tanpa di pinta....bukan kerna bosan dengan situasi, namun mungkin ada urusan lain yang perlu dilakasanakan...apa-apa pon aku tetap menghargai insan ini....kerna beliau adalah sebahagian daripada hidup aku!!! Wallahualam....

Namun, lain pula sikapku pabila aku berkomunikasi dengan seseorang yang "banyak mulut" atau dengan kata lain beliau adalah seorang yang peramah....dengan mereka-mereka yang sifatnya seperti ini, aku merasakan aku mudah untuk berkomunikasi dengan mereka....kerna dengan sifat peramah mereka menjadikan aku lebih "bercakap banyak" dan kadang-kala aku terlepas cakap sebagaimana aku sedang berkomunikasi dengan sahabatku sendiri...aku tahu dalam percakapan kita perlu menjaga adab kerna ianya mencerminkan keperibadian seseorang...namun bagiku, buat apalah kita terlalu meng"hipokrit"kan diri sendiri dengan mengontrol segala percakapan...akan tetapi  ada ketika jugalah aku bersikap "lantak kaulah"...maksudnya di sini aku bercakap ikut mood aku...kalau ketika itu mood aku dalam keadaan yang kurang menyenangkan, makanya segala percakapan aku mungkin ada yang kurang menyenangkan (aku rasa)...Namun, aku masih lagi menjaga budi bahasa aku pabila aku berkomunikasi dengan orang yang lebih tua daripada aku, biarpun kekadang ada jugak yang aku terlepas....bagiku, bila rasa dah mesra tu, semua benda akan di anggap tidak formal dan perkara tersebut hanyalah benda biasa dan insan terbabit akan memahaminya...............hehu....

aku rasa aku dah lari tajuk....wakkakakakaka...
tapi apa yang pasti...itu lah serba sedikit yang aku tahu tentang diriku!!!!

buat teman-teman yang berkawan dengan ku!!!
terima lah lagu DOA PERPISAHAN ini...
semoga apa yang terkandung dalam lagu ini menjadi pedoman dan inspirasi buat kita semua!!!
segala salah silap aku,,,harap dimaafkan...biasalah persahabatan mana yang tidak pernah goyah....
RAMBUT PUN AKAN GOYAH KALAU DI TIUP ANGIN YANG KUAT...
INI APATAH LAGI SEBUAH PERSAHABATAN YANG DI SULAMI DENGAN KEIKHLASAN, KEPERCAYAAN, KEBERTANGGUNGKAWABAN....DAN LAIN-LAIN LAGI!!!

buat teman-teman yang mengenali diriku ini...HANNAN...atau FATIMAH...

seingatku...iaitu teman-teman aku di :::::::

>>>> PETALING JAYA...
>>>> PUCHONG
>>>> TAMAN MALIK,JLN PEGAWAI, AS....
>>>> TADIKA PAK OMAQ, SIMPANG KUALA, AS....
>>>> SK SG KOROK LAMA, JLN PEGAWAI, AS...
>>>> SK BUKIT RAYA DALAM, PENDANG....
>>>> SMK TUN SHARIFAH RODZIAH, JLN KUALA KEDAH, AS....
>>>> UNITAR AS....
>>>> UNISEL BJ....
>>>> TASKA PINTAR, SHAHAB PERDANA....
>>>> KEDAI BUKU FATHY, PENDANG....
>>>> KEM PLKN SINTOK, UUM....
>>>> SERTA KENALAN-KENALAN KU....INSYAALLAH!!!

aku mendoakan ukhuwah yang terjalin antra kita akan berkekalan sehingga akhirnya hayat!!!
pesanku, buat pedoman kita bersama ::::

                  "kadang-kadang kita alpa dengan dunia yang sementara, kadang-kadang kita lupa dengan teman yang pernah hadir dalam diri kita pada masa lalu....jika aku pernah alpa, maaapkan aku...aku harapkan engkau mengejutkan aku dengan keikhlasanmu.....teman,,,biarpun kita jarang saling menghubungi....aku tetap mengingati, mungkin kadang-kadang aku alpa, tapi aku mohon tolong kejutkan aku dari dunia khayalanku!!!! JIKA KITA IKHLAS MENGINGATI SESEORANG, ORANG AKAN MENGINGATI KITA KEMBALI....NAMUN, BELAJARLAH UNTUK MENGINGATI ORANG TERLEBIH DAHULU DARIPADA MENGHARAP ORANG UNTUK MENGINGATI KITA TERUS MENERUS.....

p/s : andai aku tersalah bicara dan lain-lain, perbetulkan aku dengan keikhlasanmu.....hanya Dia yang mampu membalasnya.....segala di atas adalah daripada sudut pandangan ku sendiri, andai aku ada terkhilaf tegurlah aku dengan baik..............TERIMA KASEH!!!!


                                           Wallahualam.......
                                            Assalamualaikum!